Monday, 12 December 2011

JOM MARI KITA MENGIRA

Mari kita mengira bersama cikgu....
Mari Kita Mengira Power Point

MARI MENGIRA - TEMA HAIWAN LIAR

Haiwan Liar Mari Mengira
Set 3 Tunas Prasekolah Ppd Jeli 2011
Set 2 Tunas Prasekolah Ppd Jeli 2011

KOLEKSI SET SOALAN TUNAS PRASEKOLAH

Set 1 Tunas Prasekolah Ppd Jeli 2011

Sunday, 11 December 2011

SCRIBD NOMBOR 1 HINGGA 10

KAD NOMBOR 1-10

CONTOH LEMBARAN KERJA




PRANOMBOR

Entri yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah PRANOMBOR

Terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :


  • pengelasan
  • perbandingan
  • seriasi
  • padanan satu dengan satu
  • pola
  • keabadian



Pengelasan

Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
· Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
· Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
· Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
· Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)


Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.


 Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
· Memilih dan membanding,
· Mengumpul,
· Memilih semula,
· Mengasingkan kumpulan, dan
· Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.


Perbandingan

Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.


Contoh perbandingan: membandingkan
1) Ukuran
– Panjang : pendek
– Tinggi : rendah
– Tebal : nipis
2) Saiz
– Besar : kecil
3) Berat
– Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
– Banyak : sedikit
5)Jenis objek


Seriasi

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.


Contoh seriasi:
· Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
· Menyusun objek mengikut ciri


Padanan Satu dengan Satu

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.


Contoh padanan satu dengan satu;
· Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
· Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
sudu.
· Memadan bilangan yang sama.
· Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.


Pola

Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
· Meniru pola,
· Menyambung pola,
· Melengkapkan pola, dan
· Membina pola sendiri.


Keabadian


Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH

KONSEP AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH

Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terahagi kepada :

  • pranombor
  • nombor
  • pengukuran
  • konsep masa
  • konsep ruang


PENDEKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENDEKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Sebagai seorang guru prasekolah, seharusnya mengetahui cara-cara pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tahap umur diperingkat ini supaya sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak, kebolehan, kematangan dan menyeronokkan. Disamping itu, guru juga haruslah memastikan bahawa pengajarannya menyeronokkan, kepelbagaian dan afektif, supaya pengajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Rujuk Gambar Satu, kanak-kanak leka bermain sambil belajar.


Guru-guru harus juga memastikan setiap murid mempunyai pilihan untuk belajar. Dengan ini setiap guru perlu merangka dan merancang setiap pengajarannya. Kurikulum prasekolah telah menetapkan empat pendekatan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu;
i ) Pendekatan belajar sambil bermain
ii ) Pendekatan bertema
iii ) Pendekatan bersepadu
iv ) Komunikasi dan maklumat teknologi
( Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003 )

MEMPERKENALKAN MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK

1. PENGENALAN

Kebelakangan ini pengkaji dalam bidang psikologi kognitif telah memainkan peranan yang penting dalam mengkonsepkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal matematik kepada kanak-kanak. Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu didalam bidang metematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka.

Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah ( NCTM, 1989 )



2. PERKEMBANGAN AWAL PEMIKIRAN MATEMATIK DALAM KANAK-KANAK
Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-peringkat, dimana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu ( Piaget, 1952 ).

Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Walau bagaimana pun pengkaji-pengkaji selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak-kanak menunjukkan limitasi tersebut ( Donalson, 1978 ).

Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Namun bagi tujuan kertas kerja (assignment) ini, ianya akan menerangkan pelan atau perancangan pengajaran dalam aktiviti berkaitan dengan pembelajaran awal matematik kanak-kanak diperingkat pra sekolah. Aktiviti yang dapat menarik minat kanak-kanak dalam pendidikan awal matematik. Fokus pada peringkat ini bermula dengan kemahiran mengenali angka, membilang dan mengira angka-angka pada kuantiti yang lebih kecil. ( Grffin, Case & Siegler, 1994 )


Kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik popular dikaji bermula sejak dari zaman Piaget lagi.

Thursday, 8 December 2011

GRADUASI ANAK-ANAK CILIK PRASEKOLAH BIJAK SKLB 2011

Thursday, 1 December 2011

BAHAN BANTU TERAS ASAS BAHASA INGGERIS

video

AKSI KANAK-KANAK MENARI CUTE ...


video