Wednesday, 30 November 2011

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat(4)hingga enam(6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi dan sosial,intelek dan rohani seperti berikut:-
i        Membina kecergasan badan
ii       Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii      Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
iv      Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v       Menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar
vi      Mempunyai kemantangan emosi
vii     Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii    Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
ix     Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
x      Boleh bekerja secara bersendirian dan juga berkumpulan
xi     Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif   
       dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
xii    Mengamalkan nilai murni
xiii   Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
xiv   Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks 
       kehidupan seharian.
xv    Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
xvi   Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan seharian dan menyelesaikan 
        masalah.
xvii   Menggunakan kemahiran berfikir kritis,kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii  Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix   Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

MATLAMAT PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur emapt hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Saturday, 12 November 2011

AZRIN BINTI AHMED GROUP EL-D11 D046849: Lagu anak ayam sesuai untuk set induksi

AZRIN BINTI AHMED GROUP EL-D11 D046849: Lagu anak ayam sesuai untuk set induksi

Lagu anak ayam sesuai untuk set induksi

video

bahan bantu mengajar @ bbm


















Thursday, 10 November 2011

DUNIAKU......PRASEKOLAH BIJAK SK LUBOK BONGOR.....











video of my family. one of the way to teach student by using video


video